Cur

Cur
Lukisan oleh Sydenham Edwards, 1800
Nama lainCur dog, drover's dog
Negara asalEngland
Trait
Bulu Pendek dan kasar, berjumbai pada tungkai
Warna Pada umumnya hitam, brindle atau grizzle dengan leher, tungkai, dan kadang-kadang muka putih
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cur ialah baka anjing yang digunakan oleh para penggiring lembu di England. Baka kini pupus. Di Amerika Syarikat, anjing berbulu pendek yang digunakan dalam perburuan dan penggembalaan dipanggil "cur-tailed", atau "cur" singkatannya.

Dalam pertuturan moden, istilah cur biasanya digunakan untuk memerihalkan anjing baka kacuk, khususnya jika perangainya tidak ramah atau agresif.[1][2][3] Istilah ini dipercayai diterbitkan daripada kurra bahasa Norse Kuno, yang memaksudkan 'menderam atau menggeram'.[1][2][3] Dalam pertuturan Zaman Victoria, cur dapat digunakan sebagai penghinaan.[4]

Cur Inggeris

Di England, cur, yang juga dipanggil drover's dog ("anjing penggiring"), ialah baka anjing tersendiri yang digunakan oleh penggiring lembu; ia kini pupus.[5][6] Cur diterangkan oleh Ralph Beilby dan Thomas Bewick dalam karya tahun 1790 mereka A history general of quadrupeds ("Sejarah Umum Kuadruped"), serta oleh Sydenham Edwards dalam karya tahun 1800 beliau Cynographia Britannica, sebagai anjing yang terutamanya digunakan oleh penggiring untuk menggiring lembu.[5][7][8] Cur diperihalkan sebagai heeler ("penumit"), yang menggigit tumit lembu untuk menggerakkan lembu dan menunduk di bawah tendangan susulan. Ia dikatakan lazim di England, khususnya di Utara England, tetapi hampir tidak diketahui di selebih United Kingdom.[5][7][8]

Cur diterangkan sebagai anjing yang lebih besar, lebih kuat, dan bertungkai lebih panjang daripada collie gembala biri-biri dengan lapis bulu lebih pendek dan lebih licin; ia biasanya berwarna hitam, brindle, atau grizzle dengan leher dan tungkai putih dan kadang-kadang muka putih, ia mempunyai sedikit jumbai pada tungkainya dan telinga separuh mencucuk.[5][7][8] Ciri penentu bagi cur ialah banyak yang lahir dengan ekor kontot pendek yang memberikan penampilan seakan-akan berekor terpotong.[5][7][8] Edwards menerangkan bahawa keleluhuran baka ini mungkin merupakan kacukan collie, lurcher, mastif Inggeris, atau anjing besar Denmark.[8] Perwatakannya diperihalkan sebagai perwatakan licik, pintar, sentiasa sibuk, dan gelisah; ia dikatakan dapat membezakan lembu milik tuannya daripada lembu milik orang asing dan ia mengasingkan lembu asing itu daripada kawanan lembu tuannya.[5][7][8]

Walaupun tiada kepastian tentang waktu dan punca kepupusan baka ini, ia berkemungkinan lenyap pada pertengahan abad ke-19.[5] Sesetengah penulis moden percaya bahawa cur, dan bukan collie, disilangkan dengan dingo untuk mewujudkan Halls heeler yang kini pupus di Australia. Ini menjadikan cur leluhur kepada kedua-dua anjing lembu Australia dan anjing lembu berekor kontot Australia; anjing lembu berekor kontot Australia mewarisi ekor kontot cur.[9][10]

Cur Amerika

Anjing harimau bintang Catahoula, baka cur beriktiraf

Di Amerika Syarikat, istilah cur juga digunakan untuk menerangkan sejenis anjing berbulu pendek distingtif yang digunakan untuk perburuan dan penggembalaan yang dikembangkan di Amerika Syarikat Selatan.[3] Apabila menerangkan anjing ini, istilah ini sebenarnya merupakan singkatan bagi cur-tailed, iaitu anjing dengan ekor kontot semula jadi seperti yang pada cur Inggeris yang pupus; banyak contoh terdahulu bagi jenis ini mempunyai ekor kontot dan sesetengah anjing masih sedemikian.[11] Sebilangan baka cur telah dipiawaikan di Amerika Syarikat, sesetengah telah diiktiraf oleh United Kennel Club; baka ini termasuk black mouth cur, blue lacy, anjing harimau bintang Catahoula, mountain cur, Stephens cur, treeing cur, dan treeing Tennessee brindle.[11]

Anjing serba guna ini digunakan dalam sebilangan peranan: untuk penggembalaan haiwan ternakan, serta penjejakan dan pengesanan haiwan ternakan hilang di dalam semak belukar tebal; dan dalam pemburuan pelbagai buruan, termasuk tupai, oposum, rakun, babi jalang, kugar, dan beruang hitam Amerika, dengan mengesan buruan dengan penglihatan dan bau.[11][12] Walaupun distingtif, cur Amerika sangat berbeza-beza dari segi saiz; pelbagai baka dan strain boleh berukuran setinggi 12–25 inci (30–64 cm) dan seberat 40–95 paun (18–43 kg).[11]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b Oxford University Press (2019). "Cur". Oxford Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Lexico.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2020. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  2. ^ a b HarperCollins (2020). "Cur". Collins Dictionary (dalam bahasa Inggeris). HarperCollins Publishers L.L.C. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  3. ^ a b c Merriam-Webster (2020). "Cur". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Merriam-Webster, Inc. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  4. ^ Conrad, Joeseph (November 1900). Lord Jim (dalam bahasa Inggeris). Blackwood's Magazine. m/s. Bab 6.
  5. ^ a b c d e f g Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 459–460. ISBN 1-57076-219-8.
  6. ^ Hancock, David (1984). Old working dogs (dalam bahasa Inggeris). Botley, Oxfordshire, United Kingdom: Shire Publications Ltd. m/s. 21–25. ISBN 0852636784.
  7. ^ a b c d e Beilby, Ralph; Bewick, Thomas (1790). A general history of quadrupeds (dalam bahasa Inggeris). Newcastle upon Tyne, United Kingdom: S. Hodgson, R. Beilby & T. Berwick. m/s. 301–302.
  8. ^ a b c d e f Edwards, Sydenham (1800). Cynographia Britannica (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: C. Whittingham.
  9. ^ Hörter, Rea (Oktober 2014). "Australian Stumpy Tailed Cattle Dog" (PDF). Canine Chronicle (dalam bahasa Inggeris). Ocala, Florida, Amerika Syarikat: Endeavor Publications. m/s. 276–283. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  10. ^ Lee, Tim (25 Oktober 2018). "The true blue: Book reveals the real origins of Australia's famous cattle dog". ABC Online (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 8 Jun 2024.
  11. ^ a b c d Alderton, David (2000). Hounds of the World (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 129–134. ISBN 1-85310-912-6.
  12. ^ Hancock, David (2014). Hounds: Hunting by scent (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 162–163. ISBN 978-1-84797-601-7.

Pautan luar


  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari United Kingdom
Hound
Gundog
Terier
Baka pekerja
Baka mainan
Jenis bull
Anjing gembala
Lain-lain
Pupus
Jenis: Collie, fell terrier, longdog, lurcher, dan terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
Tingkah laku
Kesihatan
Pelatihan
Jenis
Baka
Kerja
Interaksi
manusia–anjing
  • Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus